
Sulit
3 tahun
Batuk yang on/off dan kahak degil hingga terasa seperti sesak nafas ketika baring dan ketidakselesaan di tekak dan paru-paru
Saya seorang yg berumur 25 tahun dan saya menghidap batuk yang on & off for the past 1 year. Ada makan ubat batuk. Ianya hilang seketika dan lepas beberapa bulan ia kembali. Pada mulanya, mungkin kerana saya merokok. Tetapi lepas saya berhenti, batuk itu masih juga on & off. Sehinggi kini, Saya terasa seperti ada kahak yang banyak dan degil untuk dikeluarkan melekat di tekak dan juga paru2 saya. Kadang kala saya ada kesukaran untuk bernafas terutama sekali apabila saya baring. Apabila saya menelan air liur, terasa seperti satu gumpalan kahak turut sama ditelan. Saya berhenti minum air sejuk kerana ia akan mengakibatkan saya untuk kembali batuk teruk. Apakah diagnosis doctor and apakah yang wajar saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah batuk berterusan sejak setahun yang lalu disertai dengan masalah kahak dan kesukaran bernafas. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala seperti ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
- Gejala Sarak Nikotin (Nicotine withdrawal symptoms)
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan Tuberkulosis
- Jangkitan Pertusis (batuk kokol)
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Serangan jantung
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor