
orkidfzh
2 tahun
Bawah ketiak menggelebeh
Saya wanita berumur 37, saya sudah mengalami masaalah ketiak yg menggelebeh sejak belasan tahun lagi. Ia hanya sakit ketika haid sahaja. Patutkah saya buat pembedahan untuk buang ketiak yg menggelebeh ini.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda maksudkan, kami memerlukan maklumat lanjut tentang masalah ini. Apakah maksud anda ketiak menggelebeh? Adakah ia seperti benjolan atau lebihan kulit? Kami juga memerlukan maklumat lanjut tentang kesakitan yang anda alami pada bahagian tersebut ketika haid.
Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penyelesaian terhadap masalah ini. Terima kasih.