
Sulit
5 tahun
Bayi 9 bulan demam batuk selsema on off 6 hari
Anak saya berumur 9 bulan. Demam selsema batuk sejak 18/3/2020. Pergi klinik kesihatan pada 19/3/2020. Diberi ubat demam, cair kahak dan antibiotik. 20/3/2020 masih demam dan beri ubat mengikut waktu. 21/3/2020 siang tak demam. Malam tu demam balik. 22-23/3/2020 tak demam dah. Malam 23/3/2020 start demam balik. Beri pcm. Perlu ke saya pergi klinik lagi? Memandangkan RMO sekarang ni jadi saya x pasti perlu pergi ke klinik lagi atau pantau di rumah sahaja? Batuk dan selsema masih tidak berkurang malah batuknya makin teruk seperti gatal tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, batuk dan selsema serta demam boleh disebabkan oleh:
- Acute bronchiolitis
- Pneumonia
- Radang tekak atau tonsil - akibat jangkitan kuman
- Batuk kokol
- Penyakit jantung
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana batuk dan selsemanya semakin teruk. Pemeriksaan lanjut dan teliti diperlukan terutamanya kerana umurnya yang masih muda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.