
Sulit
5 tahun
Bayi demam tiada batuk, hidung berdarah
Anak saya 2 tahun hari ini suhu badan 37.5 waktu Maghrib, main seperti biasa tiada batuk, ada selsema sedikit. Kerana tiba-tiba sahaja badan panas. Perlukah saya ambil test Covid-19 untuk anak? Tiada contact dengan pesakit cuma ada keluar beli barang keperluan dan jaga jarak. Semalam dan kelmarin hidung ada berdarah sedikit lepas terantuk semasa bermain dengan kembar dia. Terantuk kepala dan kepala dekat hidung. Tidak terlalu kuat. Sudah berhenti

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, kanak-kanak yang mengalami gejala demam boleh disebabkan oleh:
- Demam kerana suhu sekitar yang panas
- Jangkitan bakteria atau virus
- Demam denggi
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
Pendarahan hidung selepas terhantuk boleh disebabkan oleh trauma yang berlaku di dalam kawasan hidung.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini