
Sulit
4 tahun
Bayi perempuan umur setahun 2 bulan kemaluannya tertutup
Anak saya sekarang mengalami masalah lubang kemaluanya tertutup… Tak pasti sejak bila, saya hanya tahu masa umurnya setahun.Semasa usia 3bulan dia bersunat. Dah jumpa 2 doktor, yang pertama diberi krim germacid tapi tak ada perubahan, doktor yang kedua beri krim mupicin, dah seminggu guna masih belum ada perubahan. Hujung bulan 11 baru jumpa pakar kanak2. Boleh saya tahu kenapa kemaluan anak saya terjadi macam tue?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh anak anda, ia adalah disebabkan oleh satu penyakit sejak lahir yang dikenali sebagai imperforate hymen, dimana selaput dara anak anda adalah tertutup sejak dari kelahiran. Punca masalah tersebut adalah tidak diketahui,
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat membantu anak anda dari segi masalah tersebut, kami sarankan anda untuk berbincangkan dengan doktor anda mengenai rawatan yang melibatkan pembedahan untuk membuka selaput dara tersebut. Perkara ini haruslah diambil perhatian kerana ia boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti:
- Endometriosis, iaitu ketumbuhan rahim pada luar organ rahim
- Keradangan pada perut (Peritonitis)
- Masalah pembuangan air kencing
- Masalah darah haid yang terkumpul dalam vagina (selepas akil baligh)
- Vagina yang berkembang
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.