
myramyralurve
5 tahun
Be jolan di celah kelangkang
Saya wanita berumur 26tahun. Saya ada masalah baru2 ini. Ade benjolan di celah kelangkang. Benjolan itu bukan seperti bisul. Tapi benjolan di dlm badan. Bila kita picit2 baru dapat rasa benjolan itu.dan sekarang kaki kiri saya mula lemah tak boleh berdiri lama.bila nak bangun tempat benjolan sakit di celah kelangkang.saya terpaksa jalan sambil menunduk. Saya nak bertanya adakah benjolan itu penyakit Lymphatic atau sebaliknya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di bawah lapisan kulit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Foliculitis - keradangan folikel
- Kista (Cyst) - benjolan mengandungi cairan di bawah kulit
- Nanah akibat jangkitan
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
Bagaimanapun, sukar untuk diketahui mana satukah penyebab benjolan di celah kangkang anda diantara senarai diatas. Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sebelum benjolan membesar dan menimbulkan masalah. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.