
Sulit
4 tahun
Beberapa hari trasa kpala pening
Hai saya wanita brumur 34tahun.tapak kaki sya trasa sejuk,badan berpeluh tpi x demam.hidung terasa sejuk2&rasa nak muntah tpi x muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan bagi menghasilkan kesimpulan yang sempurna.
Memandangkan sekarang kes COVID-19 di Malaysia sedang memuncak, anda digalakkan untuk selalu memantau gejala yang anda alami. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.Terima kasih