
Anonymous
4 tahun
Bedarah bila bersama
sy wanita berusia 28thun…sy nk tnya maslah bila saya brsama pasangan ade drah tp tk byak hnya sedikit tk smpai menitik hnya ade di hujung2 saja…sy sdh lama bersama psangan tp tiada mslah kesihatan semua ok slpas sy pjj 17bulan tnpa bersama dan first bersama slpas 17bulan ade drah…sbelum ni period sy ok tiap2 bulan datang tp keputih tk teruk sgt tp semasa kencing kputihan akn keluar skali dgn air kencing keputihan tidak berbau…apa masalah sy?sudah masuk 3bulan berdarah bila bersama… 3hri lepas sy bersama tp ade rse pedih2 di kemaluan bila kencing dan basuh smpai skrang terasa sbelum ini hnya berdarah sja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.