
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid-19 mengalami batuk secara tiba-tiba
Saya bekas pesakit covid-19 yang dijangkiti sebulan yang lepas. Saya dapati saya sering batuk secara tiba-tiba dan akan ambil masa 1 jam untuk kembali normal. Pertanyaan saya, adakah ini normal untuk bekas pesakit covid-19? Perlukah saya ke klinik atau hospital? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Radang tekak ( laryngopharyngitis )
- Jangkitan saluran pernafasan atas ( upper respiratory tract infection /URTI)
- Radang sinus ( sinusitis )
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.