
Sulit
5 tahun
Bekerja di tempat awam
pada 10/3 dan 11/3 saya mengalami demam biasa . selepas 2hari kemudian saya mengalami pening kepala , hidung tersumbat , sakit tekak yg amat pedih . saya bekerja di ioi mall yang terdapat beberapa kes tentang covid-19 dan saya tidak memakai mask semasa bekerja

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Memandangkan anda mengalami demam, hidungtersumbat, sakit tekak dan pening kepala serta bekerja di tempat awam, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Simptom yang anda alami kini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan pada kerongkong
- Alahan
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Anemia - kurang darah merah*
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini