
Anonymous
5 tahun
Belakang seblah kiri rasa di cucuk jarum
Kelmarin dalam pukul 4 petang sye sdng baring pegang telefon …tiba tiba saya rasa belakang saya rasa sakit dan rasa macam di cucuk jarum …rasa sakit seluruh belakang saya jika saya menarik nafas yang panjang …apakah masaalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih