Sulit
5 tahun
Belum bersama secara sempurna
Assalammualaikum semua.
Saya telah bernikah pada pertengahan Disember 2019.
Hingga kini kami masih ‘belum bersama’ secara sempurna.
Pernah cuba 2 kali tapi gagal. Pertama gagal kerana suami pancut awal diluar, percubaan kali kedua gagal kerana kedua2 belum bersedia hinggakan saya tidak rasa rangsangan dan tidak ‘basah’.
Soalan saya:
Boleh Tolong bantu saya mengenai masalah ini?
Adakah saya masih dara?
Memandangkan kedua2 percubaan tiada darah/tembusan ke dalam Faraj.
Perkara ni mengganggu emosi saya dan saya amat sedih dengan masalah ini.
Saya risau masalah ni belarutan dan menyebabkan hati wanita menjadi tawar.
Mohon jasa baik untuk bantu masalah saya. Terima kasih. May Allah bless u, readers.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
|Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, dara adalah merupakan lapisan kulit nipis yang terdapat dibahagian pintu masuk faraj wanita. Apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj, maka keregangan lapisan tersebut (seperti kulit yang diregang) akan menyebabkan keluarnya darah. Sesetengah orang mempunyai lapisan yang nipis maka darahnya sangat sedikit, sementara sesetengah mereka dengan lapisan tebal akan mengalami perdarahan yang banyak (spotting).
Justeru, yang dimaksudkan dengan istilah awam dengan masih ada dara atau tidak adalah agak subjektif sebenarnya. Dalam kes anda ini, melihat kepada tiada kemasukan zakar ke dalam faraj, maka anda kemungkinan selaput dara anda masih utuh.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































