
Sulit
3 tahun
Belum bersedia Pregnant
Salam doktor, saya suzie sudah berkahwin, mempunyai 3 orang anak, saya nak minta pendapat anak saya yang last baru umur 1 tahun 7 bulan dalam masa yang sama saya tengah pregnant tapi saya belum bersedia mempunyai anak lagi, apa yang patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami situasi anda yang hamil dan belum bersedia untuk menempuhi kehamilan ini.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati . Anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Anda dilarang untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Anda disaran untuk berbincang dengan ahli keluarga dan pasangan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.