Izhar

6 tahun

Benarkah saya menghidap kencing manis dengan bacaan gula seperti ini?

Assalamualaikum doktor…saya ingin bertanya. umur saya 26 tahun…pada waktu pagi saya makan kuih apam india bersama kuah dhal kurang dari sejam saya pergi cek paras gula dalam darah di klinik desa berdekatan, keputusannya 9.5 mmol. Pada 3 hari selepas itu ,pada waktu malam saya makan dan berpuasa selama 8 jam tepat dan saya terus pergi cek di klinik desa tersebut paras gula dalam darah saya, keputusannya adalah 5.1 mmol…saya aktif dalam membuat senaman kardio. Saya membuat senaman kardio satu hari 1 sesi iaitu 45 minit…sekarang saya sedang dalam tekanan sebab ramai orang sekeliling berkata jika atas 9.5 mmol sudah ada kencing manis.Betulkah doktor? saya menjaga rutin pemakanan saya dan saya jarang minum manis dan saya diet tidak makan nasi…

Salam sejahtera.

Secara amnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 11 mmol/L 2 jam tepat selepas makan. Alternatifnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 7 mmol/L selepas 8 jam berpuasa. Oleh itu, anda tidak mempunyai kencing manis buat masa sekarang. Namun demikian, jika paras gula anda adalah melebihi 7.8 mmol/L tepat 2 jam selepas makan, atau melebihi 5.6 mmol/L selepas 8 jam berpuasa, maka anda telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai impaired glucose tolerance atau impaired fasting glucose. Kedua-dua kondisi ini boleh meningkatkan risiko untuk menghidap kencing manis.

Ujian untuk kencing manis hanya tepat jika anda menguji 2 jam tepat selepas makan atau selepas berpuasa untuk sekurang-kurangnya 8 jam. Bacaan 9.5 mmol/L adalah tidak tepat jika anda tidak menguji gula darah anda tepat 2 jam selepas makan. Oleh itu, anda digalakkan untuk menguji paras gula anda sekali lagi di bawah kondisi yang tepat. Doktor hanya boleh mengesahkan bahawa anda menghidap penyakit kencing manis jika anda mempunyai bacaan melebihi 11 mmol/L untuk 2 bacaan berbeza 2 jam selepas makan.

Anda usah risau kerana anda berkemungkinan besar tidak menghidap kencing manis buat masa sekarang. Namun demikian, anda digalakkan untuk meneruskan gaya hidup sihat anda untuk mencegah kencing manis. Selain selalu bersenam dan menjaga pemakanan, anda juga digalakkan untuk mengekalkan berat badan antara BMI 18 hingga 22 dan berhenti merokok jika anda seorang perokok.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)