
Sulit
3 tahun
Bengak tonsil dan batuk
Saya remaja 20 an dan mengalami bengakak tonsil, sebelum ni sudah lega, selang 2 minggu tonsil saya kembali, adakah disebabkan covid 19

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala batuk dan benjolan tonsil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- allergic rhinitis
- radang tonsil
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Untuk pengetahuan anda, ujian swab ini boleh untuk digunakan dalam mengenalpasti pelbagai jangkitan seperti virus ataupun bakteria. Keperluan untuk melakukan ujian ini bergantung kepada penilaian doktor berdasarkan pemeriksaan kesihatan.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.