Sulit
6 tahun
Bengkak bibir dalam vagina
Saya dalam umur 20 an ,saya mngalami bengkak bibir faraj sudah tiga kali termasuk yg skrg ,first bengkak bibir faraj sebalah kanan ,second bulan lepas bengkak dan bisul ,and third bengkak bibir faraj yg bahagia dalam sblh kanan , so kt sini sy nk tahu apa maslah saya ,then punca ,lpstu bagaimana sya nak cegah supaya tidak berulang kembali ? Atau saya sudah terjebak dgn kncer servik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bengkak pada bibir faraj boleh disebabkan oleh:
- Radang akibat alahan kepada pencuci
- Pemakaian seluar dalam yang ketat atau yang diperbuat daripada kain yang tidak menyerap peluh
- Jangkitan kuman
- Luka
Untuk menjaga kebersihan faraj, hanya cuci dengan air dan kerap menukar seluar dalam. Jangan gunakan pencuci atau haruman faraj. Selain itu, gunakan pakaian dalam daripada kain kapas dan bukan sintetik. Anda juga perlu segera menukar pakaian dalam selepas berpeluh atau basah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































