Anonymous
6 tahun
Bengkak dalam pusat
Saya lelaki usia 25 tahun mengalami masalah bengkak didalam pusat… merasa sakit bahagian pusat apabila duduk, baring Dan berjalan… penyakit apakah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, bengkak di daerah pusat boleh jadi disebabkan oleh:
- hernia - yaitu apabila terdapat bahagian usus yang terkeluar daripada lapisan pembalutnya
- sembelit
- abses
- lipoma (yaitu penebalan lemak)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih






























