
Anonymous
5 tahun
Bengkak dan sakit pada penis
saya lelaki berumur 18 thn , saya mengalami masalah bengkak pada penis dan seperti ada ketumbuhan yang sakit , saya sukar untuk berjalan , keluar cairan kuning , sebelum itu saya pernah melakukan seks oral iaitu mulut ke mulut , adakah saya mengidap penyakit sifilis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simptom yang mungkin anda hadapi pada mulanya adalah:
- rasa pedih ketika membuang air kecil
- keluar cecair jernih, setelah beberapa hari
- cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah.
Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Pesakit yang menghadapi jangkitan ini juga boleh mendapat jangkitan pada bahagian:
- tekak,
- rektum: berasa gatal-gatal, keluar cecair dan merasakan rektum sentiasa penuh walaupun telah membung air besar.
- mata: sakit mata dan tidak boleh melihat cahaya serta keluar cecair nanah dari mata yang dijangkiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.