nniz2907
4 tahun
Bengkak di bahagian leher sebelah kanan
Saya wanita berusia dalam 30-an.Dua minggu yang lepas saya mengalami demam panas dan sakit tekak selama lebih kurang seminggu.Setelah seminggu berlalu, saya mengalami sakit tekak sekali lagi dan demam. Pada masa itu, leher sebelah kanan di bahagian tepi terasa sakit dan saya dapati terdapat 3 benjolan dalam keadaan yang berjarak dan lurus. Kadang², bhgn dalam telinga sebelah kanan terasa sakit. Adalah pembentukan benjolan tersebut disebabkan oleh infection dalam telinga atau sebab yg lain. Blh doctor advise?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak di leher boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus Paramyxovirus
- Jangkitan kuman yang lazimnya Staphylococcus aureus ( S. aureus ) ataupun Tibi
- Akibat jangkitan telinga dalam
Tergantung kepada penyebab, benjolan tersebut akan surut seandainya penyebabnya diatas diatasi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.