anyssyunos
5 tahun
Bengkak di leher bahagian kiri
Saya wanita berusia 24 tahun, saya mengalami bengkak di bahagian belakang,bawah dan depan telinga kiri saya, bahagian sakit teras keras dan berdenyut dari leher,telinga ke kepala, pada mulanya saya ingatkan saya salah tidur tapi sudah hampir 5 hari tak sembuh2, malah tiap malam makin sakit hingga sukar untuk tidur,buka mulut untuk makan, pada pendapat doktor apakah penyakit yg saya alami dan cara merawat, tq 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada bahagian kiri leher boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid - kerana jangkitan/batu karang/auto-imun
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses/nanah
- Bengkak kalenjar leher
- Ketumbuhan badan karotid
- Limfoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































