
Sulit
2 tahun
Bengkak di sebelah kemaluan
Saya lelaki berumur 26tahun. Doctor, bila saya kencing terasa pedih dan Sekarang di sebelah kanan kemaluan saya ada 1 benda keras macam batu jika saya tekan ianya rasa sakit. Saya jadi risau takut ianya perkra yang serious… Perlu kan hitmat nasihat dari doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bengkak di sebelah kemaluan mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Bengkak kelenjar limfa
- Hernia/ Angin pasang
- Jangkitan di buah zakar / epidydimis
- Cecair terkumpul dalam buah zakar Hydrocoele
- Lipoma (benjolan lemak)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.