
Sulit
4 tahun
Bengkak jantung dan lemah tenaga batin
Saya ada masalah bengkak jantung…dan adakah di sebabkan saya ada masalah benfkak jantung,tenaga batin saya lemah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah lemah tenaga batin yang disangkakan berpunca daripada penyakit jantung bengkak. Kemungkinan masalah ini boleh berkait dengan penyakit jantung. Namun, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin:
- Masalah aliran darah seperti salur darah tersumbat (Artherosclerosis)
- Penyakit jantung
- Kolestrol tinggi
- Penyakit darah tinggi
- Depressi atau stress
- Masalah rumah tangga atau hubungan dengan pasangan.
- Penyakit kencing manis
- Obesiti
- Masalah metabolisma badan
Kemungkinan besar gejala masalah jantung seperti jantung bengkak boleh mengganggu dengan aliran darah ke bahagian alat sulit lelaki sehingga boleh menyebabkan masalah sama ada mati-pucuk atau ejakulasi pra-matang. Kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, permakanan yang sihat seperti mengurangkan kolestrol.
Dapatkan hubungan intim yang selamat dengan pasangan anda.
Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya gejala ini berlarutan serta jika masalah jantung anda menjadi lebih progresif atau telah datang kembali sehingga menunjuk simptom-simptom seperti sakit dada dan sebagainya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah**