
Sulit
4 tahun
Bengkak leher sbla kiri
Leher suami saya bengka sebelah kiri. Dan sudah pergi hosptal
sebanyak 4 kali. Sdah di beri antibiotik tapi tidak jga sembuh. Masalh ini membuatkn suami saya tidak selesa, dia sering merasa sesak nafas dan rasa tercekit seolah2 nafas tersekat d leher. Boleh kami tahu sakit apa tu doktor? DN apa langkah yg kami perlu ambil untuk merawat sakit suami saya. Osee

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- kelenjar Lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.