Sulit
4 tahun
Bengkak pada atas kemaluan
Dahulu saya kerap melakukan onani… Tapi tahun demi tahun saya berjaya kurangkan… Tetapi saya mendapati ada bengkak pada bahagian atas kemaluan saya… Saya tidak merasai sakit… Adakah ia serious?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Lokasi bengkak yang anda nyatakan adalah kurang jelas - adakah ia di kepala zakar ataupun di hujung proksimal. Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilihat lokasi, keadaan dan sifat bengkak tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.