siha_biha
5 tahun
Benjolan bawah ketiak mengecil
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya mengalami benjolan di bawah ketiak pada 2 minggu lepas, ketika mula menyedari pada waktu itu, saya berasa sakit sangat, nak angkat tangan pun tidak boleh tapi saya tak sempat pergi klinik untuk check. Namun begitu, selepas beberapa hari rasa sakit sudah berkurangan dan benjolan makin kecil.
Sekarang benjolan di bawah ketiak masih ada lagi, tapi sudah mengecil dan tidak berasa sakit. Soalan saya, adakah ini serius, perlu ke, saya pergi ke klinik untuk pemeriksaan selanjutnya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui penyebab benjolan di ketiak tersebut, kami memerlukan maklumat lanjut tentangnya serta maklumat lain tentang latar kesihatan anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































