
Sulit
3 tahun
Benjolan/ bengkak pada rahang berdekatan telinga kiri
Saya wanita berumur 20an. Saya baru saja mengalami bengkak pada bahagian rahang berdekatan dengan telinga sebelah kiri. Benjolan tersebut tidak bergerak jika disentuh. Tetapi sakit bila di sentuh. Adakah itu berbahaya ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memahami anda mengalami masalah kebenjolan pada bahagian rahang berdekatan telinga sebelah kiri. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Masalah gigi atau gusi
- Jangkitan virus atau bakteria dalam mulut yang merebak ke pipi
- Gigitan serangga
- Kecederaan pada bahagian tersebut
Anda perlu merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan untuk mengetahui punca masalah anda.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.