
Sulit
3 tahun
Benjolan cecair seperti nanah di Batang Zakar
Saya lelaki berusia 21 tahun, dua tiga hari ni seperti ada benjolan cecair di batang zakar saya, awalnya saya ingat seperti jerawat sebab ada putih, kemudian saya merasakan ianya cecair dan berkemungkinan nanah… selepas dua hari, benjolan tersebut pecah dan saya lebih risau… Saya ingin merujuk doctor tapi ada sedikit rasa malu… Saya rasa sebab saya terlalu kerap masturbasi atau kurang menjaga kebersihan… Mohon dapat pencerahan doc sekalian, terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami benjolan putih pada zakar, ia pecah dan mengeluarkan seperti nanah. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan cecair pada zakar boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Jerawat pada zakar
- Dermatitis
- Psoriasis
- Herpes
- Sifilis
- Kudis buta
- Kankroid atau syanker
Berikut merupakan senarai diagnosis umum akan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Kami menasihati supaya anda mendapatkan rawatan doktor terutamanya jika terdapat luka baharu pada zakar, sakit, gatal, benjolan baharu membesar atau keluar cecair berterusan daripada.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian dan privasi anda akan kami jaga. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.