Sulit
5 tahun
Benjolan dalam miss v
Saya wanita berusia 27 tahun, dan mempunyai 4 orang anak… Doktor, saya ingin bertanya. Dah lama saya perasan seperti ada benjolan atau bebola kecil di dalam kemaluan saya… Bila saya mencangkung, saya merasakan seperti benda tu nak terkeluar dari miss v saya… Adakah ia normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Benjolan kecil di kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah :
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































