
Sulit
4 tahun
Benjolan dalam pelipat ketiak
Saya berumur 15tahun dan mengalami masalah benjolan di pelipat ketiak …saya telah membuat pemeriksaan di klinik dan dibagi ubat tetapi benjolan itu kadang-kadang sembuh dan 2 minggu akan benjol lagi di ketiak kanan…muka-mula terasa di bahagian ketiak kiri sahaja selepas itu benjolan tu juga terdapat di ketiak kanan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan:
Fibroadenoma
Sista
Jangkitan virus atau bakteria
Lipoma
Jangkitan kulat
Penyakit lupus
Kanser payudara
Limfoma
Leukemia
Kanser payudara amat jarang berlaku pada wanita bawah umur 20 tahun namun sekiranya anda mempunyai gejala-gejala pada payudara seperti:
- Perubahan pada puting payudara
- Struktur kulit yang berubah
- Bengkak
- Merah
- Bernanah
- Benjolan pada payudara
Anda boleh merujuk segera pada doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.