
Sulit
3 tahun
Benjolan di bahagian bibir kemaluan
Saya berumur 18 tahu dan belum pernah membuat hubungan seks. Dalam dua tiga hari ni kemaluan saya rasa gatal dan bila saya check saya perasan ada benjolan kecil di bahagian bibir kemaluan saya. Perlu ke saya berjumpa dengan pakar atau pon klinik biasa. Adakah ia serious

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami anda mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan serta kebenjolan pada bahagian bibir kemaluan. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat menyimpulkan secara tepat mengenai punca masalah anda kerana kami memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, jawapan kami adalah secara umum tentang punca masalah anda.
Antaranya :
- jangkitan kuman pada bahagian kemaluan
- ingrown hair yang disebabkan oleh pencukuran
- Kebersihan bahagian tersebut yang kurang baik
- Pemakaian pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat atau kain yang tidak selesa.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan rawatannya jika perlu. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan