Anonymous
5 tahun
Benjolan di bawah ketiak
Saya berumur 24tahun dan belum berkahwin dan wanita. Apakah jenis ubatan dan dimanakah untuk dapatkan ubatan yang sesuai untuk mengurangkan benjolan di ketiak akibat bakteria ? Benjolan di ketiak saya semakin membesar… adakah sesuai jikalau saya mendapatkan rawatan laser bulu ketiak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar punca benjolan tersebut dapat dikenalpasti dan dirawat. Anda tidakdisarankan untuk melakukan rawatan laser sebelum benjolan tersebut sembuh. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































