Sulit
2 tahun
Benjolan di dua2 celah peha tapi tidak rasa sakit
Saya berumur 24 thn dan belum berkahwin. Saya rasa gatal kat bahagian celah peha dan saya nampak ada benjolan di dua2 belah celah peha saya berdekatan dengan private part tapi saya tidak rasa sakit. Adakah ini alergi biasa atau masalah lain dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan pada celah peha boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat pada kemaluan, sista seperti Bartholin cyst, ketumbuhan sel lemak (lipoma), sista berminyak (sebaceous cyst), sista kulit dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.