
Sulit
3 tahun
Benjolan di faraj tapi tidak sakit selepas onani
Saya wanita 20an mengalami benjolan di faraj tetapi tidak sakit apabila ditekan, ia merupakan benjolan sebesar ibu jari yang tidak keras selepas melakukan onani …

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah benjolan di faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan genital herpes
- Kista pada kemaluan seperti “Bartholin/Sebaceous cyst”
- Penyakit kulat seperti ekzema atau alahan dermatitis
- Penyakit seperti lichen sclerosus/planus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.