Sulit
3 tahun
Benjolan di leher ada kaitan tak dgn haid lewat dan ada rasa mual dan muntah tlg bg sy jawapan tq
saya berusia 30 thn ada benjolan d leher ada 3 biji masing² bersaiz duit syiling 50sen,20sen,10sen sy dh dua kali rujuk ke klinik swasta dan dua kali repeat ambil ubat antibiotik namun sehingga kini tidak ada apa² perubahan kecut sikit lepas dh tak minum ubat saiz akan kembali seperti biasa… benda nie dh ada dua tahun lepas tumbuh kat leher sya dh rujuk doctor d bg ubat hilang dh lepastu awal tahun 2020 muncul lg… skg persoalan sy adakah bengkak d leher sy ada kaitan dgn haid lambat yg d sertakan mual dan muntah… sy dh buat testpack tp result negatif…t.kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah tiroid
kelenjar Lymph node yang membengkak
Ketulan lemak (Lipoma)
Gumpalan tisu fiber
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.