Sulit
2 tahun
Benjolan di leher zakar
Saya masih remaja Dan mempunyai benjolan di leher zakar, ianya tidak pandai membesar , bertambah ataupun hilang … Adakah ini penyakit yg berbahaya atau sebaliknya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan pada leher zakar boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat pada kemaluan, jangkitan kulit sebab kebersihan kurang memuaskan, folikulitis, abses dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.