
nazrin_masz
3 tahun
Benjolan di lengan kiri atas siku Dan di ketiak
Hi doktor.sy wanita berumur 28tahun
Sy baru berkahwin.sebelum ini sy sering perasan Ada benjolan di ketiak.selalunya ia keras Dan tidak sakit.lalu setelah beberapa Hari ia hilang.tetapi baru2 ini sy perasan Ada 2 benjolan di lengan atas siku saya.permulaannya tidak sakit.selepas 1minggu lebih mula terasa sakit apabila sy melakukan aktiviti seharian.jika terkena benjolan tu pada apa apa pun sakit.mula2 hanya kecil Dan sekarang semkin besar Dan sakit.sy mula sakit kepala berdenyut denyut hingga mata sy rasa pening Dan ingin muntah…lalu sy ke klinik kesihatan Dan doc mgatakan sy kena jangkitan lymphadenitis.tetapi meyarankan agar dtg ke klinik smula seandainya sakit tidak brkurangan.sekarang sakit di kepala sy msih tidak berkurangan.sakit sperti migrain tapi berdenyut sangat kuat Dan tidak berhenti rasa sakit.sy berpeluh pada waktu malam.dan demam on off waktu malam.gigi Dan gusi sy juga berdarah dengan tiba2 pada waktu malam.lengan sy yg Ada benjolan itu pun semakin sakit Dan benjolan di ketiak pun semakin sangt sakit hingga sy sukar untuk tidur krana jika bergerak sangat sakit…apakah puncanya doctor?Dan adakah saya mengidap apaapa penyakit?Bantu sy doc.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah benjolan ataupun ketulan pada bahagian ketiak. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Secara amnya gejala ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk :
- Masalah autoimun
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Limfoma
- Kanser payudara
- Radang noda limfa (lymphadenitis)
- Fibroadenoma
- Penyakit lupus
- Leukemia
Memandangkan anda juga mempunyai sakit di bahagian lain yang mungkin berkait atau tidak antara satu sama lain, disarankan untuk segera merujuk perkara ini di pusat kesihatan berdekatan untuk dapatkan pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor