
Sulit
4 tahun
Benjolan di perut belah kiri
Saya berumur 23 tahun… lately sy selalu sakit perut … dan sy perasan ada benjolan kat perut belah kiri… dia kadang2 ada kadang tak dak… kalau tekan or pegang tak sakit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada sebelah kiri perut dan sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Sista (cyst) - seperti “sebaceous cyst”
- Jangkitan kuman serta nanah
- Benjolan akibat kanser perut - jika hilang berat badan tanpa sengaja, lemah badan
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.