Sulit
2 tahun
Benjolan di tepi vagina
Saya wAnita berumur 23 tahun masih belum berkhawin. Saya mengalami benjolan di sekitar vagina… Saya ada masalah buasir… Apa yang perlu saya buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah benjolan di tepi faraj (vagina). Kami akan cuba membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman anda, secara umum, antara punca benjolan pada kemaluan adalah:
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Gigitan serangga
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih