Sulit
4 tahun
Benjolan di zakar yang terasa agak sakit apabila dipicit dan berwarna merah dan ditengah ada seperti nasi jerawat
Saya lelaki umur 14 tahun.Sy dapati ada benjolan yg agak besar di penis saya.Benjolan itu berwarna merah dan ditengahnya ada seperti nasi jerawat.Apabila sy memicit ia terasa agak sakit.Adakah ini jerawat yang tumbuh di penis dan saya tidak pernah melakukan seks kecuali onani.Terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, benjolan anda boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat pada kemaluan, jangkitan kulit sebab kebersihan kurang memuaskan, folikulitis, abses dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.


























