Sulit
3 tahun
Benjolan dileher dan hipertiroid
Sy ada pnyakit hipertiroid.sejak beberapa bulan sy perasan leher kiri sy ada benjolan berbiji2…adakah bnjolan ini disebabkan oleh tyroid ataupun bukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penyakit tiroid
- Hipertiroid
- Radang tiroid (thyroiditis)
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Carotid body tumors
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang tidak kami sebutkan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.