
Sulit
5 tahun
Benjolan pada testis
Satu hari kantung telur saya terluka kerana zip seluar tapi sedikit sahaja,tetapi beberapa hari kemudian,terdapat kutu berwarna kelabu asap menghisap darah pada telur saya,saya buangkannya dan rawat luka seperti biasa,beberapa hari kemudian terdapat benjolan berwarna pink pada kantung telur saya tetapi ia tidak sakit jadi ape perlu saya buat jika mahu gambar saya boleh beri,saya risau sesuatu lebih teruk berlaku😫

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- nanah
- abses
- radang folikel (folliculitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.