Sulit
4 tahun
Benjolan pada zakar yang berwarna gelap dan kelihatan tidak hilang , cuma kecut dan membengkak kembali
Kelihatan ada beberapa benjolan pada zakar dan saya risau ia ada berkaitan dengan penyakit STD .Boleh ke mengambil ubat melalui DoctoronCall berkaitan STD?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Sebelum mengambil ubat untuk penyakit kelamin atau STD, anda perlu melakukan pemeriksaan oleh doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan diagnosis dahulu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada keadaan anda:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Ekzema atopik, alah kepada bahan yang digunakan pada seluar dalam
- Contact dermatitis
- Jangkitan kelamin
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mengalami masalah berikut, sila jumpa dengan doktor segera:
- Gatal yang mengganggu aktiviti harian anda
- Gatal sehingga timbul ruam bernanah
- Terdapat bau yang kurang menyenangkan dari kawasan yang sakit
- Kencing sakit
- Kencing bercampur darah dan nanah
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian mengenai masalah yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.

































