
Sulit
3 tahun
Benjolan pd payudara kanan ibu menyusu bayi 6 bulan
hi. Saya nk minta pendapat dn pandangan tntg maslh yg saya hdpi… Ok begini, sebulan yg lps saya ada prgi ke klinik swasta untuk memeriksa benjolan pada payudara kanan saya ini. Doktor dapati benjolan ini sbesar 2cm. Dn doktor memberitahu saya, doktor pakar brkata benjolan ini adlh bukan sejenis benjolan yg merbahayakan saya. Mereka juga memberi saya surat refer klinik kesihatan utk brtemu doktor pakar. Tetapi, saya belum membuat keputusan utk bertemu lg doktor pakar di kk. kerana saya ingat nk cuba ikhtiar urutan tradisional. saya juga ada brtnykn pd nurse di kk. Nurse juga menggalakkan saya utk urutan tradisional. Nurse kata benjolan ni adlh susu yg tersumbat. But now, saya masih juga belum urut. kerana saya masih dlm delima. saya tak tahu nk buat keputusan mana lg baik utk saya. Jadi saya betul2 ingin meminta pndpt dn pndgn dr doktor. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, benjolan pada payudara ibu menyusu boleh disebab oleh pengaruhan hormon. Kejadian ini amat umum dan biasanya tidak membahaya.
Anda juga telah diberitahui bahawa benjolan anda adalah tidak bahaya. Namun, sila pergi klinik kesihatan yang dirujukkan untuk menjalani sebarang penyelidikan berkaitan seperti imbasan untuk memastikan status benjolan anda. Sebabnya, kadang benjolan pada payudara masa menyusu juga boleh disebab oleh keradangan payudara, jangkitan, penyumbatan kelenjar payudara dan lain.
Selain itu, kami tidak pasti kesan pembantuan urutan tradisional dan sebab kekurangan bukti saintifik, sila cuba dengan hatian atau setelah merujuk kepada doktor anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrics).