
Sulit
2 tahun
Bentuk macam hati ayam yang keluar dari fajar
Saya berumur 16tahun…Haid saya kadang ii tidak teratur,dan bila saya rasa hendak sangat kencing…Saya kencing tapi dalam masa yang sama ada keluar setitis-titis darah seperti haid bukan itu sahaja…Ada keluar seperti hati ayam…Apakah punca tersebut? Macam mana nak selesaikan masalah itu? Apa benda macam hati ayam? Apa patut saya buat?? Saya malu nak berjumpa doktor atau memberitahu parent…Harap doktor boleh tolong saya…Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal bagi remaja (bawah 18 tahun 1hari) adalah sedikit berbeza daripada wanita dewasa yang mana pada remaja, kitaran haid yang normal adalah setiap 21 sehingga 45 hari. Pada remaja juga, kitaran haid belum teratur sehinggalah 6 tahun setelah mendapat haid yang pertama.
Merujuk kepada ketulan seperti hati ayam, seandainya perdarahan tidak banyak dan tiada gejala tambahan seperti sakit, maka ketulan tersebut sebenarnya adalah akibat darah yang menggumpal sahaja.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.