
davidz
5 tahun
Bentuk testis kiri dan kanan
Saya lelaki berumur 20 tahun ingin bertanya. Adakah bentuk testis kiri dan kanan adalah sama ? Sebab saya mendapati bentuk testis sebelah kanan adalah besar daripada kiri. Adakah saya mengalami penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, adalah normal untuk ukuran testis kiri dan kanan tidak sama persis. Sekiranya anda masih ragu, sebaiknya mendapat pemeriksaan doktor untuk memastikan kondisi testis anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.