
Sulit
5 tahun
Berak berdarah buat pertama kali. Dan selepas kali ke3 sudah tiada darah yang keluar
Saya farah berumur 19 tahun. Baru baru ini saya berak najis keluar sekali darah … Ambil masa yang lama hingga darah tiada. Dalam seminggu 3 kali saya berak. Ketiga tiga itu darah keluar…saya mengambil ubat buasir di farmasi… Dan selepas itu saya sudah tidak berak berdarah.tetapi sekarang saya selalu berasa penat/sesak nafas walaupun hanya menaiki beberapa anak tangga… Adakah baik baik sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berak berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
Rectal ulser
Masalah pendarahan
Kanser usus
Selain itu, masalah sesak nafas anda berkemungkinan disebabkan kerkurangan darah (anemia) disebabkan najis berdarah. Akan tetapi ianya juga mungkin disebabkan masalah yang berbeza seperti:
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat atau untuk mengetahui sekiranya anda baik sahaja atau sebaliknya, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.