
Anonymous
5 tahun
Berak Berdarah dan berlendir
Pada mulanya saya mgalami sembelit hingga tak terasa nk membuang langsung…dan selepas mgambil vit c sembelit sudah kurang tetapi mengalami berak berdarah…kemudian sembelit dh sembuh dan tidak berdarah lg…tp skrg sy berak dan perasaan ada lendir putih apakah itu buatkan sy risau…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluar darah dari dubur boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.