
Sulit
5 tahun
Berak berdarah & dubur berasa gatal
Saya lelaki berumur 26 tahun dan sering susah untuk buang air besar. Kadang bila buang air besar, kerap kali berdarah dan dubur terasa sangat gatal. Saya juga mengalami masalah perut sering tidak selesa. Kadang selepas buang air besar saya berasa tidak puas dan perut selalu angin dan tidak selesa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, najis berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit serta luka pada hujung dubur
- Buasir
- Fissure dubur
- Fistula dubur
- Jangkitan kuman seperti salmonella
- Penyakit radang usus - gejala tambahan seperti ciri-birit dan demam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.