Sulit
5 tahun
Berak keluar air mani
Sy lelaki 20tahu…apabila saya meneran berak…terdapat lendir putih turut keluar melalui zakar…ia menyurapai air mani…terkadang ia juga keluar selepas kencing…saya agak bimbang…jika ada yang tak kena tetang zakar saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluarnya lendir putih melalui zakar sewaktu meneran. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah


































