
Sulit
4 tahun
Berak selepas makan pil postinor, adakah perlu ambil lagi pul tersebut?
doc,jika makan pil postinor2, kemudian dlm seminit sy membuang air besar…adakah pil itu terbuang sekali? perlu ambil semula ke pil tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang yang anda makan tidak terbuang sekali semasa membuang air besar. Oleh itu, anda tidak perlu risau dan tidak perlu mengambil pil tersebut lagi. Anda cuma perlu mengambil pil tersebut semula dalam situasi seperti muntah sejurus selepas makan pil. Buat masa sekarang, sekiranya anda telah berkahwin tetapi ingin belum ingin mempunyai anak, anda disarankan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Pil perancang kecemasan tidak boleh digunakan lebih daripada sekali dalam sebulan kerana pil hormon ini akan mengganggu kitaran haid anda dan memberikan kesan sampingan yang lain. Antara kaedah perancang keluarga:
- memakai perlindungan seperti kondom semasa bersama
- mengambil pil perancang gabungan hormonal atau pil progesteron sahaja
- intrauterine contraceptive device atau IUCD.
- suntikan perancang kehamilan
Sebelum memulakan kaedah perancang keluarga yang dinyatakan di atas, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor untuk kaedah yang paling sesuai dengan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor/ doktor pakar wanita kami atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.